Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Pasukan Paguma Manchester United memperlihatkan taringnya selepas berjaya menewaskan Pasukan Paguma Liverpool dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan persahabatan Ukhuwah yang diadakan baru-baru ini.
Perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang Sekolah Antarabangsa Brunei itu antara lain bertujuan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan stamina para pemain, selain dapat dijadikan sebagai persiapan awal sebelum menyertai kejohanan bola sepak di Negara Brunei Darussalam.
Selain itu, menerusi perlawanan tersebut, ia juga diharap dapat menjadikan sukan bola sepak sebagai platform terbaik untuk menjaga kesihatan dan menjalani kehidupan sihat dengan bersukan sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama pemain.