Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erat silaturahim mantan pelajar MPSHB

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Seramai 39 orang bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Hassanal Bolkiah (MPSHB) pengambilan 1974 hingga 1976, terdiri daripada 15 lelaki dan 24 perempuan, menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Salambigar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah mantan Timbalan Pengetua MPSHB dan mantan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran dan takhtim dipimpin oleh Haji Ibrahim bin Haji Abdul Manaf, salah seorang daripada bekas pelajar maktab berkenaan, manakala bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Imam Masjid Salambigar, Awang Makhadzir bin Haji Ahmad.

    Sesi tadarus bagi memperdengarkan bacaan 30 juzuk Al-Quran telah diadakan bermula Januari hingga Ogos 2024.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Assalamualaika oleh para bekas pelajar MPSHB, yang menambah makna tersendiri dalam memperingati sambutan jubli emas bagi bekas pelajar 1974 hingga 1976.

    Majlis itu bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan antara bekas pelajar, tetapi juga menggalakkan budaya pembacaan Al-Quran serta memperoleh pahala dan keberkatan melalui amalan tersebut.

    Antara mantan penuntut MPSHB 1974 hingga 1976 yang menyertai majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda