Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erat silaturahim melalui aktiviti riadah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Dengan matlamat untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim di dalam institusi kekeluargaan, sebahagian besar keluarga Allahyarham Haji Jumat bin Junit telah mengadakan perhimpunan dalam sambutan hari keluarga tahun ini.

    Acara yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Panglima Barudin, Kampung Limau Manis, baru-baru ini, itu disertai oleh 165 ahli keluarga berkenaan yang turut dimeriahkan dengan beberapa acara sukan ria.

    Menurut pengerusi acara tersebut, Awang Mohd Dahari bin Haji Mohd Yusof, tahun ini merupakan penganjuran kali ketiga dengan slogan ‘Bersatu Membina Ukhwah yang Sihat’.

    Jelasnya, acara tersebut diadakan bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan menyertai pelbagai acara riadah yang dianjurkan.

    Penganjuran acara seumpama ini, tambahnya, hanya dapat diadakan pada hujung tahun dan musim cuti sekolah sahaja memandangkan terdapat sebahagian ahli keluarga yang bekerja di luar daerah dan luar Negara.

    Antara ahli keluarga yang ikut serta dalam perbarisan lalu semasa sukan ria berkenaan.
    Antara sukan ria yang dipertandingkan semasa acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda