Erat silaturahim melalui sukan ria

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan guru-guru, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah (SUPAPANB), Mentiri mengadakan Sukan Ria SUPAPANB 2019 yang berlangsung di Dewan Pelita, sekolah berkenaan pada 30 November lalu.

Hadir di acara berkenaan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Guru Besar SUPAPANB, Dayangku Rafidah binti Pengiran Haji Metahir.

Semasa acara sukan ria berkenaan, para guru berpeluang untuk menyertai pelbagai acara sukan yang menarik di mana ia bermatlamat untuk menyuntik semangat guru-guru supaya terus bersemangat dalam pengajaran pada tahun akan datang.

Antara aktiviti yang disertai oleh guru-guru wanita semasa sukan ria berkenaan. – Gambar serahan SUPAPANB