Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Baru-baru ini, Indera Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif dan peruncit kenderaan Jaguar Land Rover di Brunei, telah menganjurkan acara sungkai bagi menyemarakkan suasana penghujung Ramadan yang mulia.
Acara diadakan di Brunei River Cruise dan dihadiri oleh ahli-ahli media dan para pempengaruh.
Dalam pada itu juga, para tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai pilihan hidangan yang disajikan, ditambah lagi dengan suasana pemandangan indah Sungai Brunei.
Sehubungan itu, Eksekutif Pemasaran Indera Motors Sdn Bhd, May Cho, turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada pihak media atas sokongan mereka terhadap acara tersebut.


