Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Rombongan seramai 33 orang Muslimah Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar telah mengadakan lawatan ke Masjid Uk-Quwah Al-Falah Kampung Sas Ulu Merapok Lawas, kelmarin.
Dengan diketuai oleh Hajah Suma binti Haji Basman, lawatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara dua masjid selain bertukar-tukar pandangan dan memantapkan lagi aktiviti ke arah mengimarahkan kedua-dua masjid berkenaan.
Dalam lawatan itu, rombongan berkenaan turut menyampaikan wakaf berupa Al-Quran, buku-buku Yasin, sejadah dan telekong khas buat Muslimah Masjid Uk-Quwah Al-Falah.
Sumbangan wakaf itu disampaikan oleh Hajah Suma kepada Pengerusi Masjid Uk-Quwah Al-Falah, Abdul Kadir bin Tusin dan imam masjid berkenan, Ajamain bin Junaidi.
