Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erdogan berdepan tugas berat

    ISTANBUL, 29 MEI – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini menghadapi tugas berat untuk menyatukan negaranya yang berpecah belah selepas memenangi pilihan raya larian yang bersejarah untuk melanjutkan pemerintahannya selama dua dekad hingga 2028.

    Pemimpin paling lama Turkiye itu menepis pakatan pembangkang yang kuat, krisis ekonomi yang menggigit dan kemarahan yang meluas berikutan gempa bumi yang dahsyat pada Februari untuk menewaskan pencabar secular, Kemal Kilicdaroglu dalam undian kelmarin.

    Tetapi margin kemenangan empat mata adalah yang paling sempit Erdogan daripada mana-mana pilihan raya lalu, menonjolkan polarisasi tajam yang akan dihadapi oleh konservatif berakar Islam itu semasa penggal ketiga dan terakhirnya sebagai presiden. – AFP

    Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membuat ucapan di istana presiden, di Ankara, Turkiye, 28 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda