Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Erdogan bertemu Elon Musk di New York

    ISTANBUL, 18 SEPT – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menggesa jutawan teknologi Elon Musk, untuk membuka kilang Tesla baharu di Turkiye, menjadikan beliau pemimpin terbaharu yang merayu kepada salah seorang lelaki terkaya di dunia.

    Erdogan dan Musk telah mengadakan beberapa pertemuan di Turkiye dan di luar forum antarabangsa, membina persahabatan yang dilanjutkan mereka pada Ahad di New York.

    Televisyen Turkiye hari ini menunjukkan Musk memasuki Turkish House di New York, sebuah bangunan pencakar langit baharu berhadapan dengan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan anak lelakinya yang berusia tiga tahun, yang dipegang di pangkuannya semasa perbincangan.

    “Presiden Erdogan menyeru Tesla untuk mendirikan kilang ketujuh di Turkiye,” kata pejabat Turkiye.

    Agensi berita negara Turkiye, Anadolu, mengatakan Musk memberitahu Erdogan bahawa negaranya adalah ‘antara calon yang paling penting’ untuk kilang baharu tersebut.

    Usaha lobi Erdogan mengikuti langkah yang diambil oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang bertemu dengan Musk pada Jun dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

    Erdogan berada di New York untuk menghadiri mesyuarat tahunan Perhimpunan Agung PBB, yang di jadualkan untuk dihadirinya esok.

    Kini, Tesla mempunyai enam kilang, termasuk dua di luar Amerika Syarikat – satu di Shanghai yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia dan satu lagi memberi tumpuan kepada jualan Eropah berhampiran Berlin.

    Mereka juga sedang membina kilang di Mexico dan mempunyai rancangan sementara untuk kilang di India. – AFP

    Erdogan bercakap dengan Elon Musk sambil mendukung anak lelakinya semasa pertemuan mereka di New York pada Ahad, 17 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...