Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erdogan bincang bawa balik F1 ke Turki

    ISTANBUL, 12 April – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) semalam mengadakan perbincangan bersama ketua baru Formula Satu untuk membawa perlumbaan bermotor itu kembali ke Turki selepas rehat selama enam tahun, kata pengurus litar Istanbul.

    Kenyataan dalam laman sesawang presiden berkata Erdogan bertemu dengan ketua eksekutif Formula Satu, Chasey Carey di istana presiden di Ankara yang ditemani oleh sebahagian pembantu tertinggi dan Menteri Sukan, Akif Cagatay Kilic.

    Juga hadir adalah Ali Vural Ak, pengarah urusan bagi litar Istanbul Park Intercity di mana Grand Prix Turki diadakan bermula tahun 2005 sehingga 2011.

    “Saya berharap dengan bantuan Presiden, Insha Allah, Istanbul Park sekali lagi akan menghoskan Formula Satu,” kata AK selepas pertemuan tersebut, yang dipetik oleh harian Hurriyet.

    “Kami mengadakan mesyuarat intensif…kami belum menandatangani lagi tetapi yang hanya tinggal adalah penandatanganan. Insha Allah, negara kami sekali lagi akan menghoskan Formula Satu di Istanbul,” tambahnya.

    Perlumbaan tahunan tidak dimasukkan dalam kalendar kerana kekurangan persetujuan mengenai kos acara.

    Tetapi Erdogan menegaskan semula sejak beberapa bulan kebelakangan bahawa Turki sudah bersedia untuk menghoskan apa jua acara sukan, biarpun menyaksikan kekecewaan di mana bidaan Istanbul untuk memenangi Sukan Olimpik 2020 menemui kegagalan.

    Chase mengambil alih Formula Satu selepas kendalian lama Bernie Ecclestone yang berakhir serta-merta pada Januari lalu apabila Liberty Media yang berpangkalan di AS melengkapkan pengambilalihan jenama sukan permotoran berprestij dalam persetujuan yang bernilai sekitar AS$8 bilion.

    Terdapat aduan bahawa di bawah Ecclestone, 86, Formula Satu gagal menepati masa dan pemilikan baru menyaksikannya ditempatkan dalam peranan penasihat sebagai ‘pengerusi tertinggi’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda