Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Erdogan gesa warga Palestin bersatu

    ISTANBUL, 21 APRIL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menggesa rakyat Palestin bersatu padu ketika perang Israel di Gaza masih berlarutan, susulan rundingan dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Istanbul, kelmarin.

    Erdogan sebelum ini gagal menjadi orang tengah dalam konflik Gaza yang menggemparkan wilayah itu, di mana wilayah Palestin yang ditadbir oleh Hamas kini bersiap sedia untuk serangan baharu Israel dan serangan Israel yang dilaporkan ke atas Iran.

    Erdogan berkata, perpaduan Palestin adalah penting susulan rundingan di Istana Dolmabahce di tebing selat Bosphorus, yang berlangsung lebih dua jam setengah.

    “Respons paling kuat terhadap Israel dan jalan menuju kemenangan terletak pada perpaduan dan integriti,” menurut kenyataan Presiden Turkiye.

    Hamas adalah saingan puak Fatah yang memerintah Pihak Berkuasa Palestin separa autonomi di Tebing Barat yang diduduki.

    Ketika kebimbangan mengenai perang serantau yang semakin meningkat, Erdogan berkata, serangan baru-baru ini di antara Iran dan Israel tidak seharusnya membenarkan negara Zionis itu mendapat kelebihan.

    “Adalah penting untuk bertindak dengan cara kita tetap mengekalkan perhatian di Gaza,” katanya. – AFP

    Erdogan semasa mengadakan rundingan dengan Haniyeh pada 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...