Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erdogan isytihar darurat 3 bulan

    ISTANBUL, 7 FEB – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah tenggara dilanda gempa bumi besar yang meragut ribuan nyawa.

    Operasi menyelamat dalam kerja-kerja pemulihan di wilayah terpencil berhampiran Syria terhalang oleh ribut musim sejuk yang buruk menyebabkan beberapa jalan tidak dapat dilalui sekali gus memperlahankan proses penghantaran makanan dan bantuan.

    Erdogan berkata satu siri pendekatan kecemasan akan diambil untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan bantuan kewangan ke kawasan terjejas.

    “Kami telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat bagi memastikan kerja (menyelamat dan pemulihan) dapat dijalankan dengan cepat,” kata Erdogan dalam kenyataan di televisyen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda