Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erdogan ‘sangat gembira’ dengan gencatan senjata Gaza

    ISTANBUL, 9 OKT – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melahirkan rasa puas hati setelah Israel dan Hamas setuju dengan fasa pertama gencatan senjata di Gaza dan berterima kasih kepada usaha Donald Trump.

    “Saya sangat gembira kerana rundingan Hamas-Israel (yang) telah menjayakan gencatan senjata di Gaza, saya terutamanya berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Trump, yang telah berusaha secara politik untuk galakkan Israel ke arah gencatan senjata,” kata Erdogan dalam akaun rasmi X miliknya.

    Selain itu, Turki, yang terlibat secara rapat dalam rundingan tersebut akan menghantar satu pasukan ke rundingan di bandar Mesir, Sharm El-Sheikh untuk, “memantau dengan teliti pelaksanaan perjanjian itu”, tambahnya.

    Perjanjian yang akan ditandatangani di Mesir hari ini melibatkan pembebasan baki tebusan dan juga merupakan langkah yang besar menamatkan perang dua tahun yang telah mengorbankan puluhan ribu mangsa dan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. – AFP

    Recep Tayyip Erdogan semasa menghadiri satu sesi persidangan di Gabala, Azerbaijan pada 7 Oktober. Beliau sangat gembira dengan gencatan senjata Gaza. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda