Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Erdogan tidak paksa pelarian keluar dari Turki

    ANKARA, 12 MEI – Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin berkata Turki tidak akan memaksa pelarian yang telah diberi perlindungan, keluar dari negara itu.

    Beliau berkata mereka yang melarikan diri daripada penganiayaan dan peperangan di Iraq, Syria, atau tempat lain dan mencari perlindungan di negara itu adalah tetamu.

    “Jika mereka mahu pulang secara sukarela, mereka boleh pulang, jika tidak, pintu kami akan sentiasa terbuka kepada pelarian. 

    “Turki tidak akan menghantar mereka ke dalam pelukan pembunuh,” katanya semasa mesyuarat ketua wilayah Parti AK Turki, lapor Agensi Anadolu.

    Beliau berkata menjadi tuan rumah kepada mereka yang memerlukan perlindungan adalah sebahagian tradisi Turki.

    Erdogan baru-baru ini mengumumkan rancangan baharu iaitu membina ratusan ribu rumah di utara Syria yang dikuasai pembangkang selain sekolah, hospital dan institusi lain yang diperlukan.

    Kira-kira empat juta pelarian Syria kini tinggal di Turki – terbanyak berbanding mana-mana negara di dunia – dan beliau menjangkakan rancangan itu akan menarik kira-kira satu juta pelarian untuk kembali secara sukarela ke Syria. – Bernama

    Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa menyampaikan ucapan pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Kompleks Istana di Ankara pada 9 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...