Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eric Tsang ingin berlakon filem Sheriff 2

    Pelakon terkenal Hong Kong, Eric Tsang, telah menyatakan hasratnya untuk menyertai sekuel filem arahan Syafiq Yusof yang mendapat sambutan hangat, Sheriff: Narko Integriti.

    Dalam satu hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Syafiq menyatakan Tsang membuat tawaran tersebut semasa tayangan perdana filem aksinya di Hong Kong pada Khamis lalu.

    Pengarah berusia 31 tahun itu turut memuat naik video bersama Tsang, 71, dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada filem Sheriff.

    “Hong Kong mungkin kecil tetapi filem-filem kami menjelajah dunia kerana kami mampu menghasilkan filem yang terbaik. Dalam erti kata lain, menghasilkan sebuah filem (berkualiti) itu harus dengan bersungguh-sungguh. Nasihat ini akan saya pegang sampai bila-bila.

    “Terima kasih, Master Eric Tsang. Bahkam Beliau meluangkan masa untuk mempromosikan filem Sheriff. Beliau berkata jika ada Sheriff 2, beliau mahu berlakon di dalamnya,” tulis Syafiq dalam hantarannya.

    Dalam klip video berdurasi 10 saat itu, Tsang menggalakkan warga Hong Kong untuk menonton filem Sheriff di bandar tersebut.

    Bintang filem Infernal Affairs yang juga pengurus besar TVB itu berkata, “Jangan lupa menonton Sheriff di Hong Kong. Ini (Syafiq) adalah pengarah saya. Dia mahu saya membuat filem gangster!”

    Video itu telah mencetuskan kegembiraan dalam kalangan warganet, yang teruja melihat seorang bintang terkenal Hong Kong menunjukkan minat terhadap filem produksi Malaysia.

    Ramai juga yang berharap agar filem Sheriff mendapat sambutan hangat di Hong Kong. – ANN/The Star

    Tsang menggalakkan warga Hong Kong untuk menonton filem Sheriff’. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda