STOCKHOLM, 22 NOV – Ericsson berkata hari ini ia akan memperoleh pembekal komunikasi berasaskan awan di Amerika Syarikat (AS) Vonage, dalam pemerolehan terbesar sejarah syarikat Sweden ketika ia mengembang operasinya di luar perniagaan peralatan telekomunikasi tradisional. Perjanjian bernilai AS$6.2 bilion itu merupakan sebahagian daripada strategi Ericsson untuk mengembangkan kehadirannya dalam perusahaan wayarles dan meluaskan produknya,