Khamis, November 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erika Carlina bimbang buat kesilapan dalam mendidik anak

    Pelakon asal Indonesia, Erika Carlina, me-ngakui kerap merasa bimbang akan melakukan kesilapan dalam proses mendidik anak pertamanya, Andrew Raxy Neil. 

    Memetik laporan mStar, sebagai seorang ibu tunggal, kata Erika, 32, dia sering berasa tertekan dengan penilaian orang ramai terhadap caranya membesarkan anak. 

    Tambahan lagi apabila dia menyedari perbezaan ketara antara apa yang dilalui jika dibandingkan dengan keluarga lain. 

    “Saya selalu rasa takut kalau ada banyak kesilapan yang saya buat, tambah pula hidup saya tak macam keluarga orang lain di luar sana,” katanya.

    Dalam pada itu, Erika juga berkongsi kebimbangan terhadap gaya pengasuhannya mungkin akan menjadi sasaran kritikan, lebih-lebih lagi daripada warganet yang sering memberikan pandangan mengenai cara pengasuhan yang dianggap betul.

    Bagaimanapun, Erika menegaskan dia tidak mahu dilihat sebagai ibu yang tahu segalanya dalam hal pengasuhan anak.

    Sebaliknya, dia terbuka untuk menerima pandangan dan nasihat yang positif daripada orang lain. – Agensi

    Erika bimbang warganet kritik cara dia besarkan anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda