Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Eriksen laung hasrat kembali beraksi bersama Denmark

    COPENHAGEN, 5 JAN – Christian Eriksen berhasrat ingin kembali bermain selepas mengalami serangan jantung untuk bermain bersama Denmark di Piala Dunia pada November nanti.

    Pemain berusia 29 tahun, Eriksen tidak bermain sejak rebah semasa perlawanan pembukaan Denmark di Kejohanan Eropah menentang Finland, Jun lalu.

    Dia tidak dibenarkan beraksi di Itali kerana implantasi Defibrilator Kardioverter, sekali gus menyebabkan kontrak pemain perancang itu ditamatkan oleh Inter Milan atas persetujuan bersama bulan lalu.

    “Impian saya adalah untuk bermain di Piala Dunia Qatar,” kata Eriksen kepada penyiar Denmark DR1 dalam wawancara yang disiarkan kelmarin. “Itulah dalam pikiran saya selama ini.”

    Eriksen, yang memenangi gelaran dalam Serie A musim lalu, telah menyambung semula latihannya sejak beberapa minggu kebelakangan namun tanpa kelab. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...