Penyanyi Syamel tidak akan sesekali merahsiakan berita kehamilan isterinya yang juga penyanyi, Ernie Zakri. Syamel berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu kepada semua, cuma buat masa ini rezeki untuk menimang cahaya mata belum memihak kepada mereka. “Kami tiada masalah untuk berkongsi berita gembira. Kalau ada nanti kami sendiri yang akan beritahu kepada semua orang.