Saturday, November 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ernie terima komen warganet terhadap anak

    Penyanyi, Ernie Zakri mendakwa pernah menerima komen kurang manis warganet terhadap anaknya, Nur Khawla Soleha, namun memilih berlapang dada dan memandang positif setiap teguran, lapor BH Online.

    Ernie berkata sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, dia dan suami, Syamel, tidak dapat lari daripada komen negatif. Justeru, Ernie memilih untuk tidak terlalu mengambil hati.

    “Kadang-kadang apabila kita muat naik video Khawla gelak atau merajuk, orang kata dia ini bukan comel sangat pun. Saya pun tak tahu apa kesalahan anak saya terhadap awda.

    “Sebagai emak, saya berfikir apa salah anak saya. Tetapi ini adalah perkara semula jadi.

    “Apabila kita berkongsi mengenai anak dalam media sosial, kita kena tanggung risiko.

    Ernie memilih tidak mengambil hati komen warganet terhadap anak perempuannya, Khawla. – mStar

    “Jadi, saya dan Syamel letakkan sedikit had. Kami tidak selalu berkongsi. Penghujungnya, orang boleh cakap apa sahaja, namun kita yang menjalani kehidupan sendiri,” katanya.

    Ernie berkata dia tidaklah terlalu mengongkong tumbesaran anaknya kerana percaya Khawla sama seperti anak kecil lain.

    “Ada masa mood saya baik, saya kongsi dalam media sosial. Namun, saya bukanlah jenis yang mengongkong anak. Khawla sedang menjalani kehidupan sebagai anak kecil di mana apabila hantaran dimuat naik, ada pengikut menegur.

    “Saya mahu Khawla faham ibu dan bapanya adalah penyanyi. Kalau saya terlalu sorokkan dia, bimbang dia sendiri yang pelik,” katanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi Ernie Zakri X Ayuwan sempena Hari Raya di pusat beli belah Sogo, di sini, Ahad lalu.

    Masih setia dengan Ayuwan selepas sama-sama melancarkan album Aura, tahun lalu, Ernie seronok membangun bersama jenama itu.

    “Ayuwan adalah jenama yang masih baharu. Saya fikir boleh membangun bersama mereka,” tambahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda