Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Ernie Zakri batal hasrat bersara kerana ibu

    Penyanyi Ernie Zakri berterima kasih kepada ibunya, Rafiaah Mohamed, kerana menasihatkan dirinya untuk tidak mengundurkan diri daripada industri seni.

    Ernie atau pemilik nama penuh, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mengakui hampir putus asa kerana pertaruhannya dalam bidang seni tidak mendapat tempat suatu ketika dahulu.

    “Memang ketika itu keputusan yang sangat muktamad, kalau boleh saya langsung tak nak berdiri di atas pentas. Pada masa itu, saya sudah lapan tahun dalam industri, rasanya sudah hampir 20 lagu ketika itu namun masih tidak diterima.

    “Saya penuh dengan perasaan marah dan tidak boleh terima serta hilang rasa percaya pada diri sendiri. Malah, saya rasakan diri juga tidak bagus kerana ditolak berkali-kali.

    “Sekali gus membuatkan saya rasa seperti tidak layak untuk berada dalam industri ketika itu. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya menjadi penguat semangat dan meminta saya untuk tidak berhenti.

    “Malah, ibu juga meminta saya meneruskan apa yang saya minat. Tegasnya, apa yang berlaku berbalik pada rezeki. Apabila direnungkan semula, saya bersyukur kerana mendengar kata ibu saya. Kalau tidak, mungkin saya tidak berada di sini sehingga ke hari ini,” kata Ernie ditemui di pra dengar album terbarunya berjudul Aura, semalam.

    Menurut Harian Metro, antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan adalah Aura, Masing-Masing, The Best, Jangan Hilang Percaya, Satu Cinta dan banyak lagi.

    Kata isteri kepada penyanyi Syamel itu, sepanjang tempoh lapan tahun berkenaan, dia telah mengeluarkan hampir 20 buah lagu namun masih gagal diterima sebagai seorang penyanyi.

    “Kalau diikutkan saya sudah bermula sejak tahun 2009 dan tampil dengan album pertama pada tahun 2011. Jadi, Aura diibaratkan seperti album kedua saya. – Agensi

    Ibu meminta Ernie untuk teruskan apa yang dia minati. – Bebasnews.my
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...