Saturday, November 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ernie Zakri mohon maaf lupa lirik lagu Dawai

    Penyanyi Ernie Zakri tampil memohon maaf kerana mengubah lirik lagu Dawai semasa menyanyikannya pada malam konsert Patah Hati 2.0 pada Khamis lalu.

    Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata dia menyedari kesilapan dilakukan semasa menyanyikan lagu dipopularkan penyanyi Indonesia iaitu Fadhilah Intan itu dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan sama selepas ini.

    “Saya ada baca komen tanya kenapa salah lirik. Saya tahu ramai peminat lagu Dawai jadi saya memohon maaf. Saya mengaku memang salah saya,” katanya menurut laporan mStar.

    Ernie berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung media sosialnya selepas mendapat pertanyaan daripada pengikutnya.

    Cerita Ernie, ketika minggu konsert tersebut dia sedikit sibuk namun tetap mencari masa untuk menghafal lirik kerana dimaklumkan prompter tidak disediakan.

    Malah semasa latihan dia juga tidak melakukan kesilapan namun semuanya meleset apabila dia begitu menghayati lagu tersebut semasa konsert.

    “Sejujurnya ketika saya diberi tugas menyanyikan lagu Dawai itu oleh pihak penganjur Patah hati 2.0 saya tak sempat nak dengar betul-betul lagu itu.

    “Saya memang tahu korus dia sebab selalu tengok TikTok tapi saya tak tahu lirik daripada awal. Maksudnya saya tak familiar sangat lagu ini cuma tahu bahagian korus saja.

    “Tapi saya hafal sebab saya tahu tak ada prompter. Masa latihan saya sangat yakin tapi bila dah menyanyi dan menghayati sampai rasa seronok saya lupa lirik. Ia memang normal dan terjadinya pada saya,” katanya lagi. – Agensi

    Ernie janji akan perbaiki sekiranya diberi peluang lagi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda