Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Eropah Barat dilanda gelombang haba kedua

    ORDEAUX, 13 JULAI – Perancis dan Britain dijangka mengalami peningkatan suhu hari ini, dengan gelombang haba yang berlaku di Eropah Barat memarakkan lagi api yang merebak di seluruh kawasan perhutanan.

    Sejak Ahad lalu, sebahagian besar Semenanjung Iberia telah menyaksikan keadaan suhu melebihi 40 darjah Celsius di Sepanyol dan Portugal, di mana anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran itu.

    Di selatan Perancis kelmarin, kebakaran telah memusnahkan 800 hektar pokok pain yang berlaku di selatan Bordeaux, mengakibatkan 150 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka, menurut jabatan bomba tempatan.

    Manakala itu, berdekatan dengan Dune of Pilat – pasir gumuk terbesar di Eropah – satu lagi kebakaran menjejaskan sekitar 180 hektar pokok pain tertua, kata pihak berkuasa.

    Kira-kira 6,000 pekhemah berdekatan kawasan pasir itu dipindahkan semalaman sebagai langkah berjaga-jaga, kata Pegawai Jabatan Bomba, Leftenan Kolonel David Annotel kepada saluran akhbar tempatan, BFMTV.

    Antara pekhemah yang dipindahkan selepas tapak perkhemahan di Dune du Pilat dilanda kebakaran, barat Perancis pada 13 Julai. – AFP

    Anggota bomba bertungkus-lumus di kawasan berpasir itu untuk memadam punca kebakaran, kata pegawai kepada AFP, dan kebakaran itu berjaya dipadamkan.

    Perdana Menteri Elisabeth Borne menyeru kepada menteri-menteri kerajaan untuk bersedia menangani kesan gelombang haba, yang diramalkan berlanjutan selama 10 hari.

    “Haba itu telah menjejaskan kesihatan manusia dengan cepat, terutamanya kepada golongan yang berisiko,” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Kejadian gelombang panas semakin menjadi-jadi disebabkan oleh perubahan iklim, kata saintis.

    Sementara suhu global telah meningkat dari semasa ke semasa, fenomena itu dijangka akan menjadi semakin teruk.

    Kejadian sedemikian pernah berlaku kepada Perancis, Portugal dan Sepanyol pada pertengahan Jun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...