Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Eropah catat musim panas paling hangat

    PARIS, 8 SEPT – Musim panas 2022 merupakan yang terhangat di Eropah pernah direkodkan dalam sejarah, dengan benua itu mengalami gelombang haba dan kemarau teruk dalam tempoh beberapa abad, menurut satelit pemantau Suruhanjaya Eropah, hari ini.

    Lima tahun paling hangat semuanya direkodkan sejak 2016 ketika perubahan iklim mendorong cuaca panas yang lebih lama dan lebih kuat serta keadaan tanah yang lebih kering.

    Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) berkata suhu di Eropah adalah yang tertinggi dalam rekod untuk kedua-dua bulan Ogos dan musim panas (Jun-Ogos) secara keseluruhan. Data menunjukkan Ogos adalah bulan yang paling panas di benua itu sejak rekod bermula pada 1979 mengatasi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada Ogos 2021 sebanyak 0.4 darjah Celsius.

    Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) berkata pada bulan lalu, bahawa tahun 2022 merekodkan puluhan kejadian kebakaran hutan, dengan hampir 660,000 hektar dibakar di Eropah sejak Januari lalu.

    CAMS menambah bahawa, kebakaran di Perancis telah menyaksikan paras tertinggi pencemaran karbon daripada kebakaran hutan sejak rekod bermula pada 2003. Dalam pada itu, Kesatuan Eropah berkata bahawa kemarau yang berlaku ketika ini melanda benua itu adalah yang terburuk dalam sekurang-kurangnya 500 tahun.

    Balai Cerap Kemarau Global Suruhanjaya Eropah berkata 47 peratus dari benua itu kini diliputi oleh amaran kemarau, bermakna tanah semakin kering.

    “Siri gelombang haba kian memburuk di seluruh Eropah, ditambah dengan keadaan kering yang luar biasa, telah membawa kepada musim panas yang melampau dengan rekod dari segi suhu, kemarau dan aktiviti kebakaran di banyak bahagian Eropah, menjejaskan masyarakat dan alam semula jadi dalam pelbagai cara,” kata saintis C3S Freja Vamborg.

    Pada peringkat global, bulan Ogos 2022 ialah bulan paling panas yang pernah direkodkan.

    Suhu purata adalah 0.3 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata 1991-2020 untuk bulan itu, kata badan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...