Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eropah harungi minggu paling sukar

    LONDON, 6 APRIL – Negara Eropah sedang mengharungi minggu paling sukar dalam menangani pandemik COVID-19, dengan peningkatan mendadak bilangan kematian terutama di Britain dan Amerika Syarikat (AS).

    Ratu Elizabeth II sendiri memberi perutusan khas di televisyen yang mahu rakyat bertenang di samping Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dimasukkan ke hospital bagi ujian lanjut selepas 10 hari disahkan positif COVID-19.

    Itali mencatatkan angka terendah sejak dua minggu lalu, memberi petunjuk positif bahawa gelombangnya semakin reda yang dialami negara sejak Perang Dunia Kedua.

    “Ia satu berita baik, namun kita tidak akan leka,” kata Ketua Perkhidmatan Perlindungan Awam, Angelo Borrell.

    Sementara itu, di Sepanyol, angka kematian semakin menurun untuk tempoh tiga hari berturut-turut selain Perancis pula merekodkan kematian rendah dalam minggu ini.

    Bagaimanapun, di seberang Atlantik, Presiden AS, Donald Trump memberi amaran bilangan korban akan menjadi lebih drastik berikutan di negaranya sudah melonjak lebih 330,000 kes, iaitu jumlah tertinggi di dunia. Di New York sahaja, angka kematian melonjak dalam tempoh 24 jam lalu direkodkan lebih dari 4,100 orang.

    Dalam tempoh tiga bulan, COVID-19 mengorbankan lebih daripada 69,000 nyawa dan mengakibatkan separuh daripada penduduk dunia terpaksa berkurung dijangka membawa kemelesetan ekonomi global.

    Dengan kira-kira 1.25 juta orang dijangkiti, virus itu memberi tekanan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan negara miskin dan negara maju menghadapi kesukaran mempunyai kelengkapan dan petugas yang mencukupi.’

    Itali yang sedang dalam perintah berkurung lebih sebulan yang lalu, mencatatkan 525 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, iaitu paling rendah sejak 19 Mac lalu.

    Di Sepanyol yang merekodkan 674 kematian semalam, menunjukkan angkanya semakin menurun sejak tiga hari lalu. Kerajaannya melanjutkan tempoh berkurung hingga 25 April ini. New York pula sedang dalam proses menyediakan 2,500 tambahan katil untuk dibuka beberapa hari lagi yang diuruskan pasukan ketenteraannya.

    “Minggu ini ini akan menjadi tempoh paling sukar dan menyedihkan untuk seluruh warga Amerika, kata Ketua Pakar Bedah AS, Jerome Adam yang meramalkan peningkatan kematian dengan lebih mendadak.

    “Semalam kematian yang direkodkan adalah seramai 9,458 orang mungkin mengembalikan ingatan peristiwa Pearl Harbour 9 September 2001 iaitu mengorbankan 2001 nyawa.,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda