BRUSSELS, 31 JAN – Negara-negara Eropah masih mengalami isu kekurangan bekalan ubat-ubatan yang memberi kesan kepada pesakit, menurut satu tinjauan baru-baru ini.
Kumpulan Farmaseutikal Kesatuan Eropah (PGEU) menjalankan tinjauan melibatkan farmasi di 29 negara termasuk ahli EU, Turkiye, Norway dan Macedonia Utara.
Keputusan tinjauan menunjukkan kekurangan bekalan ubat-ubatan di beberapa negara di Eropah bertambah teruk berbanding tahun lepas, lapor agensi Anadolu. Tiga perempat daripada negara berkenaan melaporkan kekurangan lebih parah pada musim sejuk ini berbanding setahun lalu. – Bernama