Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eropah terima vaksin J&J 19 April

    PARIS, 30 MAC – Johnson & Johnson (J&J) berkata semalam ia akan mula menghantar vaksin COVID-19 satu suntikannya ke Eropah pada 19 April, memberikan benua itu satu rangsangan tatkala ia bergelut ntuk mempercepat kempen vaksinasinya.

    Vaksin syarikat farmaseutikal itu diluluskan oleh badan pengawal selia Kesatuan Eropah pada pertengahan Mac, berikutan kelulusan vaksin yang dibangunkan Pfizer-BioNTech, Moderna dan AstraZeneca.

    Sebanyak 27 negara EU telah menandatangani tempahan 200 juta dos J&J dan opsyen untuk 200 juta dos tambahan.

    Selain menjadi vaksin pertama yang memerlukan satu suntikan berbanding dua dos, vaksin Johnson & Johnson adalah lebih senang di-simpan. EMA memberikan kelulusan selepas berkata percubaan klinikal mendapati vaksin J&J adalah 67 peratus berkesan menghalang orang daripada dijangkiti COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda