Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja

    KUALA LUMPUR, 30 JAN – Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sasaran awal kepada Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei depan.

    Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata pihaknya berharap kedua-dua pemenang pingat pada Sukan SEA 2021 itu mampu menghadiahkan pingat buat kontinjen negara pada temasya dwitahunan tersebut.

    Pada Sukan SEA 2021, Muhammad Erry meraih gangsa bagi kategori 73 kilogram (kg) manakala Muhammad Hafiz turut menyumbang gangsa menerusi acara atas 89kg.

    Amirul juga berkata PABM telah mencadangkan lima hingga enam muka baharu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dipertimbangkan diserap ke dalam program latihan Sukan SEA 2023. 

    “InsyaAllah hujung bulan depan kami akan mula ambil pengambilan baharu ke dalam program Sukan SEA 2023,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama MSN hari ini.

    Dalam pada itu, Amirul berkata dua juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin perlu berada dalam kelompok 12 terbaik pada kempen kelayakan untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024. – Bernama

    Aksi Muhammad Erry Hidayat dalam acara angkat berat pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, 31 Julai lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda