Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erul ada stail nyanyian tersendiri

    Penyanyi Erul Samah menyifatkan kecaman diterima selepas tampil menyanyikan lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sebagai melampaui batas.

    Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, 33, berkata, dia sudah cuba melakukan sehabis baik selain menyanyi mengikut cara tersendiri, dedah mStar.

    “Saya sudah terbiasa dengan kecaman tetapi kali ini saya rasa agak melampau sampai ada cakap cara saya menyanyi macam orang baru bangun daripada mati. Itu sudah tahap kurang ajar.

    “Saya rasa setiap penyanyi mempunyai stail tersendiri. Saya hanya bawa cara saya tetapi tidak tahulah kenapa ramai yang tidak berpuas hati.

    “Tipulah kalau saya kata tidak sedih atau sakit hati. Kalau baca komen tu memang rasa nak sakit jantung,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Erul sekadar memberikan sokongan buat lagu-lagu tempatan. – mStar

    Dalam pada itu, Erul memberitahu dia paling banyak menerima kecaman ketika menyanyikan lagu milik Aina Abdul berjudul Jangan Mati Rasa Itu.

    Penyanyi lagu Salahkah itu mengakui dia sememangnya berasa gementar untuk memuat naik video lagu cover tersebut kerana memikirkan kecaman yang bakal diterima.

    “Sebenarnya saya memang takut nak keluarkan cover lagu Aina itu. Lagu tersebut merupakan lagu terakhir yang saya keluarkan.

    “Saya tidak nafikan yang paling teruk saya dihentam untuk cover lagu Aina Abdul. Saya pun tidak tahu kenapa.

    “Tahun lepas pun saya cover lagu Aina untuk AJL37 saya dikecam. Warganet cakap suara saya macam kataklah, tak sesuailah… Lebih baik jadi raja komen sahaja,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda