Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Ervin sedia harungi cabaran lebih besar

    KUALA LUMPUR, 30 MEI – Selepas meraih kemenangan bersejarah apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, pemain golf lelaki Malaysia, Ervin Chang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran lebih besar di peringkat antarabangsa.

    Atlet berumur 24 tahun yang baru beralih menjadi pemain profesional Jumaat lepas itu berkata, misi jangka pendek beliau adalah untuk memenangi kejohanan profesional dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

    Pada 15 Mei lepas, Ervin mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi pemain pertama dari Malaysia yang berjaya meraih gelaran juara golf individu lelaki Sukan SEA di Heron Lake Golf Course & Resort di Vinh Phuc, Vietnam.

    Tiga hari kemudian dia bersama Marcus Lim Pang Chuen, K. Rhaasrikanesh dan A. Nateeshvar membantu Malaysia mendapatkan kembali pingat emas acara golf lelaki berpasukan Sukan SEA yang pernah dimenangi Malaysia sekitar dua dekad lepas, setelah menewaskan Thailand di peringkat akhir.

    Ervin kini bersiap sedia untuk bersaing dalam ADT di Indonesia yang akan bermula Selasa ini, dan sedang menunggu pengesahan untuk bermain dalam acara kedua ADT minggu berikutnya.

    Beliau juga bercadang untuk bertanding dalam beberapa kejohanan tempatan di Indonesia dan berharap untuk mendapat jemputan menerusi ADT atau Asian Tour berdasarkan kepada prestasinya.

    Merujuk kepada Sukan Olimpik, Ervin berkata bertanding dalam kejohanan sukan berprestij itu sememangnya menjadi impiannya sejak sekian lama, namun setakat ini beliau hanya memberi tumpuan kepada usaha memajukan kariernya secara berperingkat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...