Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erwan Shah juara Beyblade X Terbuka 3 On 3 Battle of Best

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dinobatkan sebagai juara Pertandingan Beyblade X Terbuka 3 on 3 Battle of Best anjuran Jakusha Tour setelah menewaskan Aediesopian bin
    Haji Ismail daripada Pasukan JB dalam perlawanan akhir yang diadakan di Kampung Lambak.

    Manakala di tempat ketiga disandang oleh Paridah binti Ibrahim daripada Pasukan Undergroundz X (UGX) setelah berjaya menewaskan Mohammad Aqim bin Haji Matsah daripada Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB).

    Bagi pemenang sagu hati lapan teratas pula disandang oleh Mohammad Erwan Shah (JB), Aediesopian (JB) dan Amiruddin bin Haji Abdi Manaf (JB).

    Sementara itu, kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026 pula, Pasukan JB berjaya memintas dengan 41 mata diikuti pasukan Pasukan DBos Beys dengan kutipan 39 mata, Pasukan BGB yang mengutip 29 mata, di kuti Pasukan UGX mengutip 17 mata.

    Para pemenang bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda