Monday, February 10, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ESA bakal lancarkan satelit cuaca Artik

    STOCKHOLM, 5 APRIL – Agensi Angkasa Eropah (ESA) kelmarin berkata ia akan melancarkan satelit pada bulan Jun yang akan meningkatkan ramalan cuaca di Artik iaitu wilayah yang sangat terdedah kepada kesan pemanasan global.

    Satelit Cuaca Artik (AWS) telah direka selama tiga tahun oleh syarikat aeroangkasa Eropah, OHB.

    Satelit itu, yang akan dilancarkan oleh roket SpaceX yang berlepas dari California, mempunyai berat 125 kilogram dan panjang 5.3 meter meliputi sayapnya.

    Misi itu amat penting untuk penyelidikan mengenai pemanasan global, kata Menteri Pendidikan Sweden, Mats Persson.

    “Mengurangkan perubahan iklim adalah keutamaan dan data angkasa adalah penting untuk menganalisis perubahan dan mengenal pasti ‘penyelesaian yang berkesan,’ katanya.

    Dengan jangka hayat kira-kira lima tahun, satelit itu akan menyokong satelit lain yang sudah berada di orbit ‘dan menyediakan ramalan cuaca jangka pendek yang tepat untuk wilayah Artik,’ kata ESA.

    Artik menjadi panas lebih cepat daripada seluruh planet ini.

    Glasiernya, hutan dan tanah yang kaya dengan karbon beku berada dalam bahaya mengalami perubahan yang tidak dapat dipulihkan menyebabkan potensi kesan melata di seluruh dunia.

    Misi AWS juga merupakan bukti kerjasama Eropah, tambah Persson. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda