Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Espanyol bimbang penutupan Stadium Stage Front

    BARCELONA, 29 JUN – Espanyol berkata hari ini, penutupan stadium dua perlawanan adalah satu hukuman yang ‘tidak seimbang dan tidak adil’ selepas penyokong mereka menceroboh padang dan mengejar pemain Barcelona ke dalam terowong.

    Barca merangkul kejuaraan Sepanyol di stadium Espanyol pada 14 Mei dan meraikan kemenangan itu selepas perlawanan, mencetuskan kemarahan penyokong Espanyol, yang menyerbu padang perlawanan.

    “Espanyol ingin menunjukkan ketidaksetujuan sepenuhnya terhadap hukuman yang, menurut pendapat kami, tidak seimbang dan tidak adil yang dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Sepak Bola Sepanyol terhadap kelab itu yang akan menyebabkan penutupan Stadium Stage Front selama dua perlawanan,” kata Espanyol dalam kenyataan.

    Espanyol berkata mereka akan merayu kemungkinan penutupan stadium dua perlawanan, yang belum diumumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Pertandingan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda