ROM – Kafe kopi Itali menghidangkan berjuta-juta cawan kopi espreso setiap hari dan sekiranya, Giorgio Caballini mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenainya, ia akan menyentuh bahawa kopi tersebut harus diberikan status istimewa oleh organisasi budaya utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Caballini, presiden lembaga pengarah untuk kopi panggang Dersut di bandar Itali, di utara Treviso, merupakan pengasas pergerakan bagi menghadapkan kopi espreso Itali untuk diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).
Caballini berkata bahawa espreso Itali dan tradisional budaya yang ada di persekitarannya sudah mencukupi untuk membezakannya daripada kopi-kopi yang lain di seluruh dunia.
“Semua orang mempunyai cita rasa yang berbeza, oleh itu ia bukan satu persoalan dalam nilai penghakiman,” kata Caballini kepada Xinhua. “Tetapi espresso Itali adalah unik. Ia mempunyai sejarah yang panjang dan spesifikasi yang berkualiti tinggi serta tepat,” tambahnya.
Setiap rantau di Itali akan membuat versi espreso yang sedikit berbeza akan tetapi kesemuanya jatuh ke dalam pelbagai ukuran yang tertentu.


Caballini cuba menerangkan dengan lebih terperinci. Espreso Itali perlu dibuat dengan menggunakan tujuh hingga sembilan gram kopi dan mesti dikisar dengan betul secawan kopi yang bagus. Air harus dipanaskan antara 84 dan 95 darjah Celsius serta harus mengambil masa antara 20 dan 27 saat untuk mendapatkan ‘bahagian’ yang kecil namun tebal bagi setiap cawan.
“Apabila kopi espreso dibuat dengan betul, ada buih kopi sedikit di atasnya dan tidak ada lagi yang dapat dipadankan dengannya,” kata Caballini.
Terdapat beberapa kriteria
Terdapat kelaziman bagi pihak UNESCO untuk mengiktiraf kopi sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara. Pada tahun 2014, organisasi itu telah mengisytiharkan kopi Turki sebagai produk yang dilindungi.
Malah, apabila membaca mengenai status kopi Turki tersebut dalam lima tahun yang lalu, memberikan Caballini idea untuk memohon status yang sama terhadap espreso Itali.
Ada banyak cara untuk memesan kopi Itali: kapucino dicampur dengan susu, kopi macchiato, dengan hanya beberapa titisan susu manakala macchiato latte, kebanyakannya menggunakan susu dengan beberapa titik kopi.
Kopi boleh dihidangkan dalam gelas atau cawan besar atau bersama koko di atasnya. Tetapi hanya espreso klasik merupakan calon tunggal untuk status UNESCO.
Kebanyakan penduduk Itali meminum kopi. Menurut statistik pengumpulan data, penduduk Itali meminum sekurang-kurangnya 14 juta cawan kopi setiap hari dengan jumlah kira-kira 5.5 kilogram kopi setiap tahun untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak di negara ini. – Xinhua