KOTA KINABALU, 31 OKT – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan mengeluarkan senarai terkini 13 individu dikehendaki oleh pihak berkuasa keselamatan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti militan, kata Komandernya Datuk Victor Sanjos. Tanpa mengulas lanjut tarikh senarai itu dikeluarkan, beliau berkata kajian sedang dijalankan Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ESSCOM memainkan peranan memantau pergerakan