Thursday, November 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ESSCOM pastikan Malaysia kekal aman, selamat

    LAHAD DATU, 6 SEPT – Pengalaman Malaysia berhadapan detik hitam pencerobohan pengganas bersenjata Sulu dari selatan Filipina di Kampung Tanduo di Felda Sahabat lebih 11 tahun lepas, mengajar semua pihak betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

    Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka seharusnya dijadikan hari untuk semua rakyat memperbaharu iltizam semangat cintakan negara.

    Bagi memastikan Malaysia kekal aman dan selamat, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang menggalas tugas besar itu di Sabah tidak alpa, malah terus komited berusaha memastikan kedaulatan tanah air kekal utuh meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan.

    Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata sejak penubuhan pada 2013, ESSCOM telah mengkoordinasi operasi secara bersepadu melalui Op Sanggah dan Op Gasak.

    Operasi itu bertujuan mengesan serta mengekang anasir luar, tali barut, elemen jenayah rentas sempadan serta kemasukan pendatang tanpa izin ke pantai timur Sabah.

    “Sempadan yang terdapat di pantai timur Sabah termasuk di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) itu begitu panjang terutama sempadan laut dan keutamaan ESSCOM untuk memastikan sempadan laut mahupun darat tidak dicerobohi. – Bernama

    Gambar bertarikh 6 September menunjukkan Datuk Victor Sanjos (tiga, kanan) beramah mesra dengan pelancong asing yang melawat ke daerah Semporna. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda