Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    ESTCON 2022 bincang masa depan lebih mampan

    KUCHING, 2 DIS – Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia (ESTCON) 2022 selama dua hari berakhir hari ini dengan kehadiran kira-kira 1,000 pakar dari 17 negara.

    Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib merasmikan majlis penutupan kongres itu yang menyaksikan perhimpunan ahli akademik, industri, kerajaan, badan bukan kerajaan untuk berbincang masa depan yang lebih mampan.

    Dengan tema Future Energy & Smart Communities,  kongres itu mengupas dengan mendalam mengenai peralihan dan transformasi tenaga dalam memupuk masa depan yang mampan.

    Profesor Dr Mohamed Ibrahim dalam ucapannya pada majlis penutupan berkata kongres ini telah berjaya mengalihkan fokus dan penekanan kepada transformasi yang diperlukan untuk membina kehidupan yang lebih mampan.

    “ESTCON 2022 menawarkan kepada kita pandangan mendalam mengenai sistem tenaga baharu, dengan penyelesaian yang lebih mesra iklim dan peluang mewujudkan dunia yang berdaya tahan untuk menyesuaikan diri.

    “Lapan persidangan serentak yang diliputi dalam tempoh dua hari lepas adalah kritikal dalam ruang tenaga yang lebih luas bagi menggalakkan ekonomi yang lebih mantap, hijau dan bersih,” katanya.

    ESTCON 2022 menampilkan barisan penceramah ternama serta ahli panel forum terkemuka yang berkongsi kepakaran mereka, termasuk trend dan isu peralihan tenaga serta komuniti pintar daripada perspektif global. – Bernama

    Menteri Pendidikan, Sains dan Pembangunan Bakat, Datuk Sagah Wee Inn mencuba alat realiti maya semasa ESTCON 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...