Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Estranged mahu bawa Fazura nyanyi atas pentas

    Pernah berkerjasama menerusi lagu Hancur Aku, kumpulan Estranged meluahkan hasrat ingin bergandingan bersama Nur Fazura dalam konsert mereka yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

    Menurut pemain gitar kumpulan itu iaitu Din Hormatov atau Solihuddin Hormat, pihaknya kini sedang berusaha untuk merealisasikan impian dan menunggu maklum balas Fazura, kongsi mStar.

    “Kalau Fazura dapat sertai pasti akan lebih meriah. Fazura pun termasuk dalam perjalanan muzik kami.

    “Buat masa ini kami tak dapat sahkan apa-apa lagi tapi kami memang ada hasrat nak kumpulkan kawan-kawan kami,” katanya.

    Estranged berkongsi perkara itu menerusi sidang media Estranged Sapa Peminat Dengan Konsert Apa Khabar Teman? Yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

    Estranged sebelum ini pernah bergandingan bersama Fazura menerusi lagu Hancur Aku pada tahun 2015.

    Malah lagu berkenaan juga pernah tersenarai di Separuh Akhir Muzik Muzik ke 31 pada 2016.

    Sementara itu, Din berkata mereka juga sudah mempunyai beberapa nama artis yang bakal diundang menjayakan konsert di Persada Johor pada tahun depan.

    “Kita akan kongsikan perkara itu secara berperingkat nanti di media sosial kami. Mungkin lima atau empat orang artis akan diundang,” ujarnya. – Agensi

    Estranged luahkan hasrat mahu berduet bersama Fazura. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda