ADDIS ABABA, 27 APRIL – Kerajaan Ethiopia pada Rabu meminta kemasukan pelaburan asing secara besar-besaran dalam semua sektor berikutan penyelesaian damai konflik selama dua tahun di bahagian utara negara itu, lapor Xinhua.
Gesaan itu dibuat pada pembukaan forum pelaburan tahunan tiga hari, yang bermula pada Rabu bertema Invest Ethiopia 2023 di ibu negara Addis Ababa.
Berucap pada perhimpunan itu, Menteri Kewangan Ethiopia, Ahmed Shide menggesa pelabur untuk mengambil peluang pelaburan yang luas merentasi seluruh negara dan memainkan peranan mereka dalam usaha kerajaan untuk meletakkan negara itu pada trajektori pertumbuhan yang lebih baik.
Lebih 600 pemimpin perniagaan dan pelabur dari seluruh dunia menghadiri majlis perasmian itu.
Forum pelaburan tahunan itu bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai peluang pelaburan yang terdapat di negara Afrika Timur itu. – Bernama