Tuesday, January 7, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ethiopia raih lebih AS$216 juta hasil eksport hortikultur

    ADDIS ABABA, 5 JAN – Ethiopia memperoleh lebih AS$216 juta daripada eksport komoditi hortikultur sepanjang lima bulan pertama tahun fiskal semasa, menurut Kementerian Perdagangan dan Integrasi Wilayah negara itu, lapor Xinhua.

    Negara di Afrika Timur itu mengeksport 39,225 tan bunga ke pasaran antarabangsa, menjana lebih AS$186 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun fiskal Ethiopia 2024/2025, yang bermula pada 8 Julai lepas.

    Eksport bunga menyumbang bahagian terbesar daripada jumlah hasil yang dijana melalui eksport komoditi hortikultur sepanjang tempoh berkenaan, menurut kenyataan kementerian pada Jumaat.

    Ethiopia turut mengeksport 71,305 tan buah-buahan dan sayur-sayuran ke pasaran antarabangsa, dengan hasil melebihi AS$30 juta.

    Kementerian itu memaklumkan, Belanda, Arab Saudi, dan United Kingdom adalah tiga destinasi utama eksport bunga Ethiopia, manakala Somalia, Djibouti, dan Belanda merupakan tiga destinasi utama eksport sayur-sayuran.

    Menurut data terkini kementerian, Ethiopia menjana kira-kira AS$2.63 bilion hasil eksport sepanjang lima bulan pertama tahun fiskal semasa susulan prestasi kukuh dalam eksport komoditi pertanian utama. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda