Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Eto’o mengaku bersalah atas penipuan cukai

BARCELONA, 21 JUN – Bekas bintang pemain bola sepak Cameroon, Samuel Eto’o membuat perjanjian dengan pendakwa raya Sepanyol untuk mengelak daripada dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan penipuan cukai yang dilakukannya semasa dia masih lagi bermain untuk Barcelona, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah bandar, kelmarin.

Eto’o, pemain untuk Barcelona dari 2004 hingga 2009, dikenakan denda dan penjara selama 22 bulan tetapi hukuman tersebut belum dijalankan, di mana kebiasaannya di Sepanyol untuk menerima hukuman penjara di bawah tempoh dua tahun untuk jenayah tanpa kekerasan.

Laporan di Sepanyol mendakwa, Eto’o, 41, dikehendaki membayar denda sebanyak AS$1.9 juta.

Bekas pemain yang memegang rekod pemain terbaik Afrika tahunan empat kali dan bekas wakilnya, Jose Maria Mesalles, yang terlibat dalam kesalahan tersebut menerima hukuman penjara selama 12 bulan dan denda – mesti membayar kembali kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol mengikut jumlah wang yang diterima dalam jenayah penipuan tersebut, iaitu sekitar 3.9 juta euro.

Pendakwa raya mendakwa Eto’o gagal mengesahkan pendapatannya daripada pemindahan hak imej antara 2006 dan 2009.- AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -