MOSCOW, 19 MEI – Kesatuan Eropah (EU) merancang menyekat perdagangan berlian Rusia, kata presiden Majlis Eropah, Charles Michel hari ini, lapor Sputnik.
Terdahulu, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mengumumkan sekatan termasuk import berlian dari Rusia. Sekatan itu juga termasuk pembekuan AS$4 bilion ke atas pasaran eksport berlian.
“Kami kini memberi tumpuan untuk menangani segala kelemahan yang ada dan terus memotong Rusia daripada bekalan kritikal. Kami akan menyekat perdagangan berlian Rusia dan kami akan menyatakan secara terbuka dan terus terang mengapa sekatan ini perlu dan wajar,” kata Michel dalam satu kenyataan sebelum Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima. – Bernama
