Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    EU akan sekat Israel selagi tiada perubahan di Gaza

    BRUSSELS, 21 OKT – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas kelmarin sahkan bahawa blok itu masih mengekalkan kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap pendudukan Israel, sebagai usaha memastikan pematuhan terhadap gencatan senjata sepenuhnya di Gaza, lapor Agensi Berita Qatar, Qna.

    Selepas mesyuarat menteri-menteri luar EU di Brussels, Kallas berkata gencatan senjata telah mengubah konteks semasa.

    “Namun selagi kita belum melihat perubahan sebenar dan berterusan di lapangan, termasuk penyaluran lebih banyak bantuan ke Gaza, ancaman sekatan kekal dalam pertimbangan. Buat masa ini, kami tidak menggugurkannya daripada pertimbangan, tetapi juga belum bergerak ke arah pelaksanaannya kerana situasi masih sangat rapuh,” katanya.

    Kallas turut menyatakan bahawa EU menjangkakan Israel mengambil beberapa langkah penting, termasuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza serta membenarkan kemasukan wartawan ke wilayah itu.

    Sebagai penderma antarabangsa terbesar kepada rakyat Palestin, EU kini menilai peranan lebih besar yang boleh dimainkan di Gaza selepas perang berakhir.

    EU juga telah mengaktifkan semula misi awamnya bagi memantau lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir sebagai sokongan kepada perjanjian gencatan senjata, namun pelaksanaannya masih digantung sementara menunggu pembukaan semula lintasan itu. – Bernama/Qna

    Kaja Kallas semasa sidang akhbar mengenai pelan hala tuju Kesediaan Pertahanan di ibu pejabat EU di Brussels pada 16 Oktober. EU akan terus sekat Israel. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...