Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    EU, ASEAN jalin hubungan lebih erat

    BRUSSELS, 14 DIS – Pertemuan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dengan rakan sejawat dari negara Asia Tenggara, sempena sidang kemuncak di sini hari ini, menumpukan usaha untuk mengeratkan hubu-ngan di tengah peperangan di Ukraine dan cabaran dari China.

    Eropah sangat berminat untuk merancakkan peluang perdagangan dengan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang dianggap blok ekonomi paling pesat berkembang di dunia.

    “Memang terdapat keperluan untuk pihak Eropah menyambung semula hubungan dengan ASEAN, antara salah satu kawasan paling dinamik di dunia,” kata presiden Perancis.

    EU melakukan usaha diplomatik untuk menggerakkan barisan global bagi menentang Moscow kerana melakukan pencerobohan sehingga mencetuskan gelombang kejutan ekonomi dan politik ke seluruh dunia.

    Bagaimanapun, 10 negara ASEAN berpecah dalam tindak balas mereka terhadap perang dilakukan Kremlin ke atas Ukraine. Singapura dilaporkan mengikut sekatan dilakukan blok Barat ke Rusia, manakala Vietnam dan Las mempunyai hubungan ketenteraan rapat dengan Moscow, malah kekal lebih neutral.

    Thailand pula berkecuali untuk mengutuk cubaan Rusia menakluki wilayah Ukraine yang dirampas sejak Februari lalu.

    Setakat ini, ada perjanjian dengan Vietnam dan Singapura, tetapi blok itu berminat untuk mencapai kemajuan dengan negara ekonomi terbesar ASEAN lain dengan menyambung semula perbincangan dengan Malaysia, Filipina dan Thailand. – AFP

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen (kanan) dan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel bercakap ketika menunggu ketibaan pemimpin untuk siding kemuncal EU-ASEAN di Brussels, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...