Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU-ASEAN rai kerjasama

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Tahun ini menandakan 45 tahun hubungan dialog antara EU dan ASEAN dan menjelang Sidang Kemuncak Peringatan EU-ASEAN pada 14 Disember depan di Brussels, Suruhanjaya Eropah dan Sekretariat ASEAN, dengan kerjasama Program SHARE dan ERASMUS+, hari ini telah menganjurkan acara Meraikan Kerjasama Rakyat-ke-Rakyat EU-ASEAN mengenai Pendidikan Tinggi.

    Acara itu dihadiri oleh pihak berkepentingan peringkat tinggi, termasuk Pesuruhjaya Urpilainen dan membincangkan pelbagai kebaikan yang dicapai melalui kerjasama pendidikan tinggi dan penyelidikan, menyimpulkannya sebagai tonggak utama kepada perkongsian strategik antara kedua-dua rantau.

    Mobiliti pelajar dan profesional yang lebih tinggi telah dikenal pasti sebagai pemacu kepada pengetahuan lanjut, memudahkan aliran idea dan inovasi antara rantau EU dan Asia Tenggara, semuanya yang meningkatkan kebolehpasaran, peralihan digital dan agenda hijau.

    Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi selaku Setiausaha Agung ASEAN mengucapkan terima kasih kepada EU atas sokongan berterusannya dalam memajukan pendidikan tinggi ASEAN dengan menyebut laporan baharu mengenai keadaan semasa pendidikan tinggi di rantau ini yang menyerlahkan bidang tematik utama termasuk ekuiti, kepelbagaian dan keterangkuman, pengantarabangsaan dan penyerantauan pendidikan tinggi, dan kemampanan yang perlu ditangani untuk meningkatkan pendidikan tinggi ASEAN.

    Sementara itu, Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Tuan Yang Terutama Dr Hang Chuon Naron pula menekankan EU dan ASEAN sedang mengubah pendidikan melalui perkongsian dan mesti bekerjasama untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan mampan (SDG) dan meninggalkan dunia yang lebih baik untuk semua.

    TYT Dato Paduka Lim Jock Hoi menyampaikan ucapan semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda