BRUSSELS, 13 MAC – Parlimen Eropah hari ini memberikan persetujuan terakhir kepada peraturan meluas mengenai kecerdasan buatan (AI) yang diharapkan
Kesatuan Eropah (EU) akan memanfaatkan inovasi dan mempertahankan daripada bahaya.
Undang-undang, yang dikenali sebagai ‘Akta AI,’ pertama kali dicadangkan pada April 2021 oleh Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif EU.
Tetapi hanya selepas ChatGPT yang dibiayai oleh Microsoft muncul pada akhir 2022 barulah persaingan AI sebenar bermula termasuk saingan untuk mengawal selia.
China dan Amerika Syarikat tahun lepas memperkenalkan peraturan mengenai AI tetapi undang-undang EU adalah yang paling komprehensif.
EU akan mengambil pendekatan berperingkat untuk menggunakan undang-undang.
Pengharaman langsung ke atas bentuk AI yang dianggap berisiko tinggi akan berkuat kuasa pada akhir tahun ini, manakala peraturan mengenai sistem seperti ChatGPT akan digunakan 12 bulan selepas undang-undang berkuat kuasa, dan peruntukan selebihnya pada 2026. – AFP
