Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU bakal perkenalkan pengecas universal

    BRUSSELS, 23 SEPT – Kesatuan Eropah (EU) membuat pengumuman hari ini bahawa mereka akan mengenakan pengecas universal untuk semua telefon pintar, mencetuskan pertelingkahan dengan Apple dan penggunanya.

    EU percaya kabel standard bagi kesemua peranti akan mengurangkan pembaziran elektronik, namun Apple menegaskan pengecas universal akan memperlahankan ino-vasi dan menyebabkan lebih banyak pencemaran.

    Negara blok tersebut dengan populasi 450 juta orang, mempunyai pengguna terkaya di dunia dan mengenakan USB-C sebagai kabel standard, yang sebelum ini diluluskan oleh ahli kesatuan dan parlimen Eropah, akan memberi kesan kepada keseluruhan pasaran telefon pintar dunia.

    “Pengguna Eropah sudah lama kecewa dengan pengecas serasi yang semakin bertimbun di dalam laci,” kata Timbalan Presiden Eksekutif EU, Margrethe Vestager dalam kenyataannya.

    “Kami memberikan industri masa yang mencukupi untuk menghasilkan penyelesaian, sekarang tiba masa untuk melaksanakannya tindakan undang-undang bagi pengecas biasa,” katanya.

    Pengguna ketika ini terpaksa memutuskan sama ada menggunakan tiga pengecas utama iaitu ‘Lightning’ bagi peranti Apple, mikro USB yang kebanyakannya digunakan bagi telefon pintar dan USB-C yang terbaharu dan semakin digunakan.

    Pilihan tersebut sudah dimudahkan sejak 2009, dengan puluhan jenis pengecas berbeza daripada pelbagai jenis telefon pintar, menyebabkan pembaziran elektronik apabila pengguna mengubah peranti mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda