Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU bantu petani muda

    BRUSSELS, 29 April – Kesatuan Eropah (EU) hari ini melancarkan pelan untuk memberikan pinjaman lebih murah bernilai satu bilion euro kepada para petani muda, yang sering dipinggirkan oleh bank-bank.

    Suruhanjaya Eropah, cawangan eksekutif EU dan Bank Pelaburan Eropah mahu bank-bank menyesuaikan pinjaman tersebut, membawa jumlahnya kepada dua bilion euro (AS$2.2 bilion).

    “Akses kepada kewangan adalah penting dan sering menjadi halangan kepada anak muda yang mahu menceburkan diri dalam profesion tersebut,” kata Pesuruhjaya Pertanian, Phil Hogan.

    “Dengan 11 peratus para petani Eropah di bawah usia 40 tahun, menyokong petani muda dalam sektor ini adalah satu keutamaan bagi Suruhanjaya Eropah.”

    Bank-bank telah menolak 27 peratus permohonan pinjaman yang diserahkan oleh para petani muda EU pada 2017, berbanding dengan hanya sembilan peratus bagi pemohon berusia.

    Mereka yang berusia di bawah 40 tahun diperkira sebanyak 11 peratus daripada 10.3 juta petani EU pada 2016, sementara lebih 65 mewakili 32 peratus, menurut Eurostat.

    Petani-petani muda biasanya tidak ramai di Cyprus (3.3 peratus), di Portugal (4.2 peratus) dan di United Kingdom (5.3 peratus).

    Mereka lebih ramai di Austria (22.2 peratus), di Poland (20.3 peratus) dan di Slovakia (19 peratus).

    Anggota EU sebanyak 28 buah negara akan menawarkan para petani muda kadar faedah yang rendah, moratorium lima tahun pada pembayaran balik dan diberi tempoh selama 15 tahun atau lebih bagi pembayaran semula keseluruhan pinjaman.

    Skim itu juga akan menawarkan kefleksibelan waktu-waktu sukar dengan menawarkan tempoh pengecualian pembayaran selama beberapa bulan.

    Pegawai Kanan EIB, Andrew McDowell berkata pertanian ‘merupakan tulang belakang bagi ekonomi EU’ dalam menghasilkan makanan sihat dan melindungi alam sekitar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda