Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU batal sekatan makanan Jepun

    BRUSSELS, 14 JULAI – Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun meraikan kerjasama erat mereka dengan mengumumkan blok 27 negara itu akan menarik balik sekatan import makanan yang telah dikenakan ke atas Jepun susulan bencana nuklear Fukushima 2011.

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengadakan sidang kemuncak singkat dengan pemimpin EU, Ursula von der Leyen dan Charles Michel, mengukuhkan lagi perpaduan diplomatik yang hanya diperkukuh sejak pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine.

    “Kami tahu bahawa keselamatan Pasifik dan keselamatan Eropah tidak boleh dipisahkan,” kata von der Leyen selepas kedua-dua pemimpin membincangkan cabaran strategik bersama pada sidang kemuncak NATO di Vilnius, Lithuania.

    Dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan mereka bagi bahan mentah kritikal dari China, Jepun dan EU juga memutuskan untuk meningkatkan kerjasama mereka dalam sektor itu.

    Dua belas tahun selepas gempa bumi mencetuskan bencana nuklear Fukushima, EU memutuskan untuk menarik balik sekatan import yang tinggal berdasarkan nasihat Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa.

    “Kami telah mengambil keputusan ini berdasarkan sains dan juga bukti,” kata von der Leyen.

    Jepun pada masa yang sama bersetuju untuk mengamalkan dasar lebih lembut terhadap sektor perladangan EU dan import makanan. – AP

    Perdana Menteri Fumio Kishida (tengah) bergambar bersama Presiden Majlis Eropah, Charles Michel (kanan) dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada sidang kemuncak EU-Jepun di Brussels pada 13 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda