Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU benarkan Novavax sebagai vaksin ke-5

    BRUSSELS, 21 DIS – Suruhanjaya Eropah kelmarin telah membenarkan vaksin keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), Novavax sebagai dos rasmi kelimanya untuk digunakan di seluruh negara dalam Kesatuan Eropah (EU), selepas Pengawas Perubatan EU meluluskan penggunaannya.

    Pegawai berharap vaksin itu, yang dibuat dari teknologi lebih konvensional daripada vaksin yang lain, akan dapat membantu mengajak mereka yang teragak-agak untuk mengambil vaksin.

    “Pada masa varian Omicron menular dengan pantas, di mana kita perlu meningkatkan vaksinasi dan pemberian dos penggalak, saya gembira dengan kebenaran vaksin Novavax,” kata Ketua EU, Ursula Von der Leyen.

    Vaksin Novavax kini sebaris dengan senarai vaksin COVID-19 yang lain, iaitu BioNTech/Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

    Dikenali sebagai Nuvaxovid, Novavax menawarkan vaksin berasaskan apa yang dipanggil teknologi sub unit protein yang sudah dicuba dan diuji gunakan selama beberapa dekad untuk vaksinasi penyakit termasuk hepatitis B dan batuk teruk. – AFP

    Pengawas Perubatan EU meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Novavax yang dikenali sebagai Nuvaxovid untuk digunakan di seluruh negara dalam EU. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda