Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU bimbang berhubung perang dadah Filipina

    MANILA, 21 Julai – Para ahli undangan Kesatuan Eropah (EU) hari ini melahirkan kebimbangan berhubung pembunuhan dalam usaha Presiden Filipina Rodrigo Duterte memerangi dadah dan kemungkinan beliau melanjutkan undang-undang tentera.

    Duterte, 72 tahun telah memenangi pilihan raya tahun lalu dengan janji akan membunuh berpuluh-puluh ribu orang penjenayah untuk menghalang Filipina dari menjadi negara narkotik.

    Sejak itu, polis berkata kira-kira 3,200 orang telah terbunuh ketika operasi antidadah mereka.

    Beribu-ribu orang lagi, sebilangan mereka disifatkan oleh pihak berkuasa penagih-penagih dadah telah dibunuh oleh penyerang-penyerang yang tidak dikenali.

    Kumpulan hak asasi kemanusiaan memberi amaran bahawa Duterte dan pihak polis mungkin mengawasi jenayah ke atas kemanusiaan.

    Para ahli undangan EU melahirkan kebimbangan mereka ekoran lawatan ke Filipina minggu ini.

    “Delegasi yang dalam rundingan terus terang dan membina telah melahirkan kebimbangan tentang bilangan tinggi pembunuhan di luar bidang kehakiman dalam konteks memerangi dadah dan kemungkinan melanjutkan undang-undang tentera,” menurut kenyataan EU hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda